FISIOTERAPI
BERMULANYA FISIOTERAPI...
Ia secara meluas dipercayai bahawa teknik Fisioterapi telah digunakan seawal 460BC , apabila pakar-pakar perubatan awal seperti Hippocrates mengamalkan unsur Fisioterapi seperti TERAPI MANUAL dan URUT. Fisioterapi telah membangun sejak itu dan telah berkembang sehingga kini....Fisioterapi adalah sains yang berkembang daripada penyelidikan berdasarkan bukti yang membolehkan ahli Fisioterapi untuk memberi bentuk rawatan yang paling berkesan kepada pesakit mereka. Fisioterapi pada asasnya ilmu mendiagnosis dan merawat kecederaan atau penyakit yang kebanyakkannya menggunakan kaedah fizikal.Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan disfungsi dengan menggunakan teknik berasaskan bukti .Rawatan yang diberi oleh ahli Fisioterapi merangkumi semua jangka hayat dari bayi kepada warga tua dan dalam bidang seperti otot , ortopedik , rheumatologi , pernafasan , neurologi , kecederaan sukan dan kesihatan wanita dan lelaki.
Taraf Pendidikan Yang Diperlukan...
Seseorang individu yang ini memilih Fisioterapi sebagai kerjaya di masa hadapan perlu menamatkan peringkat pembelajaran mereka di tahap IJAZAH SARJANA MUDA atau di peringkat yang LEBIH TINGGI. Ahli Fisioterapi diberi hak untuk mengguna 'panggilan'BscPhsio (Sarjana Muda Sains dalam Fisioterapi) selepas menamatkam pembelajaran di peringkat Universiti atau kolej selama 4 atau 5 tahun. (Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam),(Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh),( Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)),UNISEL,MSU,KPJ dan lain lain lagi yang menawarkan kursus Fisioterapi.
Siapa Yang Sesuai Untuk Bidang Ini??
Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada profesional dalam bidang perbuatan untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan fizikal.
Apa Itu Fisioterapi???
![]() |
AHLI FISIOTERAPI |
Antara Kemahiran Yang Diperoleh. . .
- Fisioterapi Muskuloskeletal (Merangkumi penilaian kecederaan, menjalankan rawatan dan membantu mencegah masalah yang berkaitan dengan otot, ligamen, sendi, dan tulang terutamanya pada bahagian pinggang, leher, lutut dan sebagainya. Rawatan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah senaman terapeutik, mobilisasi sendi, mobilisasi tisu lembut, terapi hidro serta alatan elektroterapeutik.)
- Fisioterapi Neurologikal (Bidang fisioterapi ini merangkumi proses penilaian masalah pesakit, rawatan dan pencegahan terhadap pesakit yang mengalami masalah neurologi terutamanya penyakit yang menggangu fungsi otak, saraf tunjang serta sistem saraf. Penyakit-penyakit ini termasuklah angin ahmar (strok), Parkinson's, Neuropathies dan penyakit yang berpunca daripada kecederaan bahagian otak ataupun sistem saraf tunjang akibat kemalangan.)
- Fisioterapi Cardiorespirotari (Fisioterapi Cardiorespirotari biasanya terbabit dalam merawat pesakit yang mempunyai masalah jantung dalam sistem pernafasan. Fisioterapi Cardiorespirotari bertugas di unit rawatan rapi (ICU), unit rehabilitasi dan respirotari, wad-wad medikal umum dan wad-wad pembedahan, Rawatan diberi kepada pesakit asma, pesakit yang menjalani pembedahan jantung dan lain-lain.)
- Fisioterapi sukan (Fisioterapi sukan adalah salah satu cabang pengkhususan fisioterapi terhadap rawatan yang berhubungkait dengan kecederaan sukan. Rawatan dijalankan untuk membolehkan atlit kembali menjalankan aktiviti berprestasi tinggi dan seterusnya dapat menyertai pertandingan. Rawatan merangkumi kecederaan biasa dalam sukan seperti terseliuh sehinggalah rehabilitasi selepas rekontraksi ligamen.)
Matlamat Seorang Ahli Fisioterapi . . .
Sebagai matlamat utama seorang ahli Fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.
KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH AHLI FISIOTERAPI
Elektro Terapi
- Interferential Terapi
- Ultra sound
LINK UNTUK MELIHAT CONTOH TERAPI MANUAL
https://youtu.be/zWw0yCPFPMc
Terapi Manual
- Mobilisasi
- Manipulasi
- Urutan
SENAMAN DAN PEGERAKAN
Tugas Seorang Ahli Fisioterapi. . .
Seorang ahli fisioterapi bertanggungjawab untuk membuat penilaian dan menentukan perancangan rawatan pesakit.
Ahli fisioterapi perlu mempunyai :
- kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia
- pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan
- kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal
- menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, “acupressure” dan manipulasi
- pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektri, ais, urut dan kara/elektrik
- menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih pesakit dan panjaga penggunaan alatan dengan betul
- memberi pendidikan kepada pesakit
No comments:
Post a Comment