Tuesday, 19 July 2016

Tips untuk memperbaiki postur badan

Tips Untuk Memperbaikii Postur Badan 



1   )      Menentukan postur tubuh yang baik.

Postur tubuh yang baik tidak lain hanyalah menjaga tubuh anda dalam posisi tegak. Postur tubuh yang baik ketika berdiri adalah punggung lurus, bahu dibidangkan, dagu tegak, dada ke depan, dan perut ke belakang. Jika anda dapat menggambar garis lurus dari daun telinga melewati bahu, pinggul, lutut, menuju bagian tengah pergelangan kaki, maka Anda telah benar dalam melakukannya.


2   )     Latihlah otot untuk bekerja.

Latihan yang memperkuat otot pada punggung bagian atas dan bahu akan membantu Anda memelihara postur tubuh yang baik. Anda tidak perlu mengembangkan fisik seperti binaragawan, tapi yang lebih penting adalah membangun "ingatan otot" agar Anda secara tanpa sadar dan alami memelihara postur tubuh yang benar tanpa merasa lelah. Ketika Anda melakukan angkat beban, Anda harus melatih otot agonist (otot yang melakukan gerakan) dan antagonist (otot yang bereaksi terhadap gerakan otot agonist) secara seimbang. Ini artinya Anda harus melatih otot paha bagian belakang sama banyak seperti otot paha bagian depan, melatih otot dada sama banyak seperti otot punggung, dan seterusnya. Hal ini akan membantu dalam memperbaiki postur tubuh yang benar.

3   )    Lakukan gerakan penguin.

Ketika sedang menunggu halaman web ditampilkan atau memanggang roti, taruhlah kedua siku di samping tubuh, dan sentuhlah bahu dengan kedua tangan.
  • Jagalah agar tangan tetap di bahu dan telinga lurus dengan bahu, lalu angkatlah siku (sambil menghitung satu, dua) dan turunkan kembali (sambil menghitung satu, dua). Lakukan pengulangan sebanyak mungkin sambil menunggu. Anda akan terkejut betapa banyak latihan yang dapat dilakukan selama tiga puluh detik.
4  )     Lakukan peregangan. Image result for stretching

Contoh teknik regangan : https://youtu.be/DEhxYAB8Sfs

Peregangan akan sangat membantu jika Anda merasa sakit punggung atau leher. Peregangan juga baik untuk dilakukan selama waktu kerja, jika pekerjaan mengharuskan Anda untuk duduk dalam waktu yang lama.

  • Miringkan atau regangkan kepala ke empat arah di atas bahu (maju, mundur, kiri, kanan), dan pijat leher Anda dengan lembut. Jangan memutar kepala secara melingkar, karena dapat menyebabkan otot lebih tegang.
  • Dalam posisi merangkak, bertumpu pada tangan dan lutut, naikkan punggung ke arah atas seperti pada kucing, lalu lakukan sebaliknya dengan menurunkan punggung. Bayangkan seolah sebuah mangkuk dapat diletakkan di atas lekukan punggung Anda.
  • Ulangi latihan-latihan tersebut beberapa kali setiap hari. Melakukannya pada pagi hari membantu tubuh Anda meregangkan otot yang lesu setelah bangun tidur. Lakukan secara periodik sepanjang hari, hal ini akan membantu menaikkan tingkat energi Anda tanpa melakukan olahraga berat.

5  )     Praktikkan yoga. Image result for yoga

Contoh Yoga :https://youtu.be/v7AYKMP6rOE

Yoga sangat baik untuk postur tubuh , dan untuk kesehatan secara umum. Yoga juga dapat meningkatkan keseimbangan. Yoga melatih otot-otot penting, yang membuatnya lebih kuat dan membantu Anda menjaga postur tubuh lurus yang benar.




Perkhimatan yang ditawarkan




Skop perkhidmatan yang ditawarkan :
Muskuloskeletal
  • Kecederaan Sukan
  • Masalah Am Muskuloskeletal
  • Kecederaan Tangan & Rehabilitasi Kebakaran
  • PACE ( Patients with Arthritis Can Exercise )
  • Spinecor ( Rawatan Scoliosis )
  • Hidroterapi Dewasa

 Pediatrik
  • Rehabilitasi Neurologi dan Muskuloskeletal Kanak-kanak
  • EIP ( Program Intervensi Awal ) & Little EIP ( Program Intervensi Awal bagi baby premature )
  • Terapi Obesiti dan Diabetik
  • Hidroterapi

 Ortopedik
  • Rehabilitasi Amputasi
  • Rehabilitasi Penjagaan Kaki Diabetik
  • Rehabilitasi Spinal


Neurologi
  • Rehabilitasi Neurologi Dewasa (Contoh: Strok, parkinson, kecederaan otak)
  • Terapi berkumpulan
  • Terapi di kediaman

Kardiorespiratori
  • Program Pemulihan Paru-paru
  • Program Pemulihan Jantung
  • Terapi Obesiti, Diabetik & Kesejahteraan Mental

Bahagian kesihatan wanita
  • Masalah Incontinence
  • Limfodema
  • Kesihatan Lelaki
  • Fototerapi
  • Kelas Antenatal / Postnatal

Tuesday, 12 July 2016

Kelayakan menjadi ahli Fisioterapi

Kelayakan untuk menjadi ahli Fisioterapi !!


Kelayakan yang diperlukan ialah keputusan SPM dengan lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 mata pelajaran diperingkat kepujian dan selebihnya lulus dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Syarat keutamaan ialah 2 kepujian dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta lulus 2 mata pelajaran lain dan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Contoh matapelajaran di universiti Image result for physical therapy for kids

Di universiti  terdapat kursus yang ditawarkan diperingkat diploma mahupun Ijazah sarjana muda sehingga ke PHD. Tahap kelulusan serta pengalaman sebenarnya menentukan kepakaran pengamal dan kerjaya sebagai fisiologi ini. Di Universiti kebanyakan kursus fisiologi ini dibawah sebumbung dengan pengurusan fakulti perubatan dan kesihatan universiti tersebut. Sebagai contoh di UKM, matapelajaran berikut diajar bagi yang mengambil Ijazah Sarjana Muda fisiologi :

  • Pengenalan Psikologi & Sosiologi
  • Anatomi Asas
  • Pengenalan & Perkembangan Profesional Dalam Fisioterapi
  • Fisiologi Manusia
  • Foundation English (MUET Tahap 1 -2)
  • Hubungan Etnik (U1)
  • Ko-kurikulum
  • Biokimia Metabolisme
  • Fisiologi Kesihatan II
  • Asas Sains Makanan
  • Prinsip Penyediaan Makanan
  • Genetik dan Pemakanan
  • Mikrobiologi
  • Academic Communication I (MUET Tahap 1 – 4) / Academic Communication II (MUET Tahap 5 – 6)
  • Tamadun Islam & Tamadun Asia (U1)
  • Fisioterapi Kardiorespiratori I
  • Patologi Asas
  • Fisioterapi Muskuloskeletal I
  • Fisioterapi Neurologi I
  • Fizik Gunaan Dalam Elektroterapi
  • Aplikasi Terapi Senaman II
  • Workplace Communication I (MUET Tahap 1 – 4) / Workplace Communication II (MUET Tahap 5 – 6 & pelajar yang mendapat gred A atau A- bagi kursus ZZZE1012)
  • Patologi Sistemik
  • Biostatistik
  • Agen Elektrofizikal Dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Kardiorespiratori II
  • Fisioterapi Muskuloskeletal II
  • Fisioterapi Neurologi II
  • Fisioterapi Perubatan Am
  • Farmakologi Am
  • Fisioterapi Pediatrik I
  • Fisioterapi Isu Khas I
  • Fisioterapi dalam Kesihatan Komuniti / Terapi Alternatif dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Pembedahan
  • Pentadbiran & Pengurusan Personel dalam Fisioterapi
  • Pengenalan & Perkembangan Penyelidikan dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Pediatrik II
  • Fisioterapi Isu Khas II
  • Latihan Amali Industri
  • Penempatan Klinikal Khas
  • Penempatan Klinikal Surgeri
  • Penempatan Klinikal Perubatan
  • Penempatan Klinikal Neurologi
  • Penyelidikan Fisioterapi I
  • Penempatan Klinikal Pediatrik
  • Penempatan Klinikal Ortopedik
  • Penempatan Klinikal Unit Rawatan Rapi
  • Penyelidikan Fisioterapi II

Peluang Kerjaya!!Image result for physical therapy

Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti :

Hospital kerajaan atau swasta
- Pusat rehabilitasi Sukan
- Klinik kesihatan wanita
- Sekolah Pendidikan Khas
- Pusat pemulihan kanak-kanak Khas
- Pusat Pemulihan Orthopedik
- Pusat pemulihan Neuro
- Pusat kecergasan dan rehabilitasi Jantung
- Pusat Pemulihan dan komuniti
- Klinik Fisioterapi


Elaun dan Gaji

Elaun jika anda berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini juga lumayan. Biasiswa, RM621.21 sebulan, Elaun buku, RM 250.00 setahun, Elaun perkakas RM 25.00 sepanjang tempoh latihan, Elaun kertas projek RM 50.00 setahun, dan elaun jahitan pakaian seragam, RM 45.00 sepasang. Jika anda Berjaya menamatkan pelajaran, anda akan dilantik menjadi Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29 ke jawatan tetap. Gajinya dalam lingkungan, U29 RM1,160.69 – RM 3,057.39, U32 RM 1,959.29 – RM 3,656.38, U36 RM 3,057.36 – RM 4,521.51, U38 RM 3,778.83 – RM 4,943.49 dan U40 RM 4,444.33 – RM 5,642.23 tidak termasuk dengan elaun-elaun. Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan, anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan dan berpeluang ke gred jawatan yang lebih tinggi.


Monday, 11 July 2016

Kebaikan Fisioterapi ke rumah





Antara kebaikan fisioterapi ke rumah :

- Pesakit boleh mendapatkan rawatan tanpa perlu ke pusat fisioterapi.
- Pesakit tak perlu risau tentang kenderaan untuk pergi mendapatkan rawatan.
- Pesakit tak perlu menunggu / beratur untuk mendapatkan rawatan.
- Pesakit akan rasa lebih selesa mendapatkan rawatan di rumah sendiri.
- Privasi pesakit lebih terpelihara.
- Ahli keluarga / penjaga dapat memantau setiap rawatan yang dijalankan ke atas pesakit.
- Pesakit & ahli keluarga / penjaga akan dapat nasihat & cara penjagaan terus dari fisioterapis.
- Memberi lebih masa kepada pesakit / ahli keluarga untuk bertanya terus kepada fisioterapis.
- Rawatan hanya fokus untuk seorang pesakit sahaja dalam satu masa.
- Dapat menjimatkan masa bagi ahli keluarga yang mempunyai kekangan masa.

Wednesday, 29 June 2016

FISIOTERAPI


FISIOTERAPI



BERMULANYA FISIOTERAPI...

Ia secara meluas dipercayai bahawa teknik Fisioterapi telah digunakan seawal 460BC , apabila pakar-pakar perubatan awal seperti Hippocrates mengamalkan unsur Fisioterapi seperti TERAPI MANUAL dan URUT. Fisioterapi telah membangun sejak itu dan telah berkembang sehingga kini....Fisioterapi adalah sains yang berkembang daripada penyelidikan berdasarkan bukti yang membolehkan ahli Fisioterapi untuk memberi bentuk rawatan yang paling berkesan kepada pesakit mereka. Fisioterapi pada asasnya ilmu mendiagnosis dan merawat kecederaan atau penyakit yang kebanyakkannya menggunakan kaedah fizikal.Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan disfungsi dengan menggunakan teknik berasaskan bukti .Rawatan yang diberi oleh ahli Fisioterapi merangkumi semua jangka hayat dari bayi kepada warga tua dan dalam bidang seperti otot , ortopedik , rheumatologi , pernafasan , neurologi , kecederaan sukan dan kesihatan wanita dan lelaki.



Taraf Pendidikan Yang Diperlukan...

Seseorang individu yang ini memilih Fisioterapi sebagai kerjaya di masa hadapan perlu menamatkan peringkat pembelajaran mereka di tahap IJAZAH SARJANA MUDA atau di peringkat yang LEBIH TINGGI. Ahli Fisioterapi diberi hak untuk mengguna 'panggilan'BscPhsio (Sarjana Muda Sains dalam Fisioterapi) selepas menamatkam pembelajaran di peringkat Universiti atau kolej selama 4 atau 5 tahun. (Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam),(Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh),( Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)),UNISEL,MSU,KPJ  dan lain lain lagi yang menawarkan kursus Fisioterapi.

Siapa Yang Sesuai Untuk Bidang Ini??

Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada profesional dalam bidang perbuatan untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan fizikal.

Apa Itu Fisioterapi???

AHLI FISIOTERAPI
Fisioterapi adalah proses merehabilitasi seseorang agar terhindar dari cacat fisik melalui serangkaian penilaian, diagnosis, perlakuan, dan aktivitas pencegahan.Tujuannya adalah untuk mengembalikan fungsi badan setelah mengalami kecederaan atau penyakit.

Antara Kemahiran Yang Diperoleh. . .

  • Fisioterapi Muskuloskeletal (Merangkumi penilaian kecederaan, menjalankan rawatan dan membantu mencegah masalah yang berkaitan dengan otot, ligamen, sendi, dan tulang terutamanya pada bahagian pinggang, leher, lutut dan sebagainya. Rawatan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah senaman terapeutik, mobilisasi sendi, mobilisasi tisu lembut, terapi hidro serta alatan elektroterapeutik.)
  • Fisioterapi Neurologikal (Bidang fisioterapi ini merangkumi proses penilaian masalah pesakit, rawatan dan pencegahan terhadap pesakit yang mengalami masalah neurologi terutamanya penyakit yang menggangu fungsi otak, saraf tunjang serta sistem saraf. Penyakit-penyakit ini termasuklah angin ahmar (strok), Parkinson's, Neuropathies dan penyakit yang berpunca daripada kecederaan bahagian otak ataupun sistem saraf tunjang akibat kemalangan.)
  • Fisioterapi Cardiorespirotari (Fisioterapi Cardiorespirotari biasanya terbabit dalam merawat pesakit yang mempunyai masalah jantung dalam sistem pernafasan. Fisioterapi Cardiorespirotari bertugas di unit rawatan rapi (ICU), unit rehabilitasi dan respirotari, wad-wad medikal umum dan wad-wad pembedahan, Rawatan diberi kepada pesakit asma, pesakit yang menjalani pembedahan jantung dan lain-lain.)
  • Fisioterapi sukan (Fisioterapi sukan adalah salah satu cabang pengkhususan fisioterapi terhadap rawatan yang berhubungkait dengan kecederaan sukan. Rawatan dijalankan untuk membolehkan atlit kembali menjalankan aktiviti berprestasi tinggi dan seterusnya dapat menyertai pertandingan. Rawatan merangkumi kecederaan biasa dalam sukan seperti terseliuh sehinggalah rehabilitasi selepas rekontraksi ligamen.)
   

  Matlamat Seorang Ahli Fisioterapi . . .


Sebagai matlamat utama seorang ahli Fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.

KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH AHLI FISIOTERAPI 



Elektro Terapi


  • Interferential Terapi
  • Ultra sound

LINK UNTUK MELIHAT CONTOH TERAPI MANUAL
https://youtu.be/zWw0yCPFPMc
Terapi Manual

  • Mobilisasi
  • Manipulasi
  • Urutan

SENAMAN DAN PEGERAKAN 

Tugas Seorang Ahli Fisioterapi. . .

Seorang ahli fisioterapi bertanggungjawab untuk membuat penilaian dan menentukan perancangan rawatan pesakit.



Ahli fisioterapi perlu mempunyai :

  • kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia
  •  pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan
  •  kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal
  • menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, “acupressure” dan manipulasi
  • pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektri, ais, urut dan kara/elektrik
  • menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih pesakit dan panjaga penggunaan alatan dengan betul
  • memberi pendidikan kepada pesakit




   





Image result for physiotherapy