Tuesday, 19 July 2016

Tips untuk memperbaiki postur badan

Tips Untuk Memperbaikii Postur Badan 



1   )      Menentukan postur tubuh yang baik.

Postur tubuh yang baik tidak lain hanyalah menjaga tubuh anda dalam posisi tegak. Postur tubuh yang baik ketika berdiri adalah punggung lurus, bahu dibidangkan, dagu tegak, dada ke depan, dan perut ke belakang. Jika anda dapat menggambar garis lurus dari daun telinga melewati bahu, pinggul, lutut, menuju bagian tengah pergelangan kaki, maka Anda telah benar dalam melakukannya.


2   )     Latihlah otot untuk bekerja.

Latihan yang memperkuat otot pada punggung bagian atas dan bahu akan membantu Anda memelihara postur tubuh yang baik. Anda tidak perlu mengembangkan fisik seperti binaragawan, tapi yang lebih penting adalah membangun "ingatan otot" agar Anda secara tanpa sadar dan alami memelihara postur tubuh yang benar tanpa merasa lelah. Ketika Anda melakukan angkat beban, Anda harus melatih otot agonist (otot yang melakukan gerakan) dan antagonist (otot yang bereaksi terhadap gerakan otot agonist) secara seimbang. Ini artinya Anda harus melatih otot paha bagian belakang sama banyak seperti otot paha bagian depan, melatih otot dada sama banyak seperti otot punggung, dan seterusnya. Hal ini akan membantu dalam memperbaiki postur tubuh yang benar.

3   )    Lakukan gerakan penguin.

Ketika sedang menunggu halaman web ditampilkan atau memanggang roti, taruhlah kedua siku di samping tubuh, dan sentuhlah bahu dengan kedua tangan.
  • Jagalah agar tangan tetap di bahu dan telinga lurus dengan bahu, lalu angkatlah siku (sambil menghitung satu, dua) dan turunkan kembali (sambil menghitung satu, dua). Lakukan pengulangan sebanyak mungkin sambil menunggu. Anda akan terkejut betapa banyak latihan yang dapat dilakukan selama tiga puluh detik.
4  )     Lakukan peregangan. Image result for stretching

Contoh teknik regangan : https://youtu.be/DEhxYAB8Sfs

Peregangan akan sangat membantu jika Anda merasa sakit punggung atau leher. Peregangan juga baik untuk dilakukan selama waktu kerja, jika pekerjaan mengharuskan Anda untuk duduk dalam waktu yang lama.

  • Miringkan atau regangkan kepala ke empat arah di atas bahu (maju, mundur, kiri, kanan), dan pijat leher Anda dengan lembut. Jangan memutar kepala secara melingkar, karena dapat menyebabkan otot lebih tegang.
  • Dalam posisi merangkak, bertumpu pada tangan dan lutut, naikkan punggung ke arah atas seperti pada kucing, lalu lakukan sebaliknya dengan menurunkan punggung. Bayangkan seolah sebuah mangkuk dapat diletakkan di atas lekukan punggung Anda.
  • Ulangi latihan-latihan tersebut beberapa kali setiap hari. Melakukannya pada pagi hari membantu tubuh Anda meregangkan otot yang lesu setelah bangun tidur. Lakukan secara periodik sepanjang hari, hal ini akan membantu menaikkan tingkat energi Anda tanpa melakukan olahraga berat.

5  )     Praktikkan yoga. Image result for yoga

Contoh Yoga :https://youtu.be/v7AYKMP6rOE

Yoga sangat baik untuk postur tubuh , dan untuk kesehatan secara umum. Yoga juga dapat meningkatkan keseimbangan. Yoga melatih otot-otot penting, yang membuatnya lebih kuat dan membantu Anda menjaga postur tubuh lurus yang benar.




Perkhimatan yang ditawarkan




Skop perkhidmatan yang ditawarkan :
Muskuloskeletal
  • Kecederaan Sukan
  • Masalah Am Muskuloskeletal
  • Kecederaan Tangan & Rehabilitasi Kebakaran
  • PACE ( Patients with Arthritis Can Exercise )
  • Spinecor ( Rawatan Scoliosis )
  • Hidroterapi Dewasa

 Pediatrik
  • Rehabilitasi Neurologi dan Muskuloskeletal Kanak-kanak
  • EIP ( Program Intervensi Awal ) & Little EIP ( Program Intervensi Awal bagi baby premature )
  • Terapi Obesiti dan Diabetik
  • Hidroterapi

 Ortopedik
  • Rehabilitasi Amputasi
  • Rehabilitasi Penjagaan Kaki Diabetik
  • Rehabilitasi Spinal


Neurologi
  • Rehabilitasi Neurologi Dewasa (Contoh: Strok, parkinson, kecederaan otak)
  • Terapi berkumpulan
  • Terapi di kediaman

Kardiorespiratori
  • Program Pemulihan Paru-paru
  • Program Pemulihan Jantung
  • Terapi Obesiti, Diabetik & Kesejahteraan Mental

Bahagian kesihatan wanita
  • Masalah Incontinence
  • Limfodema
  • Kesihatan Lelaki
  • Fototerapi
  • Kelas Antenatal / Postnatal

Tuesday, 12 July 2016

Kelayakan menjadi ahli Fisioterapi

Kelayakan untuk menjadi ahli Fisioterapi !!


Kelayakan yang diperlukan ialah keputusan SPM dengan lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 mata pelajaran diperingkat kepujian dan selebihnya lulus dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Syarat keutamaan ialah 2 kepujian dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta lulus 2 mata pelajaran lain dan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Contoh matapelajaran di universiti Image result for physical therapy for kids

Di universiti  terdapat kursus yang ditawarkan diperingkat diploma mahupun Ijazah sarjana muda sehingga ke PHD. Tahap kelulusan serta pengalaman sebenarnya menentukan kepakaran pengamal dan kerjaya sebagai fisiologi ini. Di Universiti kebanyakan kursus fisiologi ini dibawah sebumbung dengan pengurusan fakulti perubatan dan kesihatan universiti tersebut. Sebagai contoh di UKM, matapelajaran berikut diajar bagi yang mengambil Ijazah Sarjana Muda fisiologi :

  • Pengenalan Psikologi & Sosiologi
  • Anatomi Asas
  • Pengenalan & Perkembangan Profesional Dalam Fisioterapi
  • Fisiologi Manusia
  • Foundation English (MUET Tahap 1 -2)
  • Hubungan Etnik (U1)
  • Ko-kurikulum
  • Biokimia Metabolisme
  • Fisiologi Kesihatan II
  • Asas Sains Makanan
  • Prinsip Penyediaan Makanan
  • Genetik dan Pemakanan
  • Mikrobiologi
  • Academic Communication I (MUET Tahap 1 – 4) / Academic Communication II (MUET Tahap 5 – 6)
  • Tamadun Islam & Tamadun Asia (U1)
  • Fisioterapi Kardiorespiratori I
  • Patologi Asas
  • Fisioterapi Muskuloskeletal I
  • Fisioterapi Neurologi I
  • Fizik Gunaan Dalam Elektroterapi
  • Aplikasi Terapi Senaman II
  • Workplace Communication I (MUET Tahap 1 – 4) / Workplace Communication II (MUET Tahap 5 – 6 & pelajar yang mendapat gred A atau A- bagi kursus ZZZE1012)
  • Patologi Sistemik
  • Biostatistik
  • Agen Elektrofizikal Dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Kardiorespiratori II
  • Fisioterapi Muskuloskeletal II
  • Fisioterapi Neurologi II
  • Fisioterapi Perubatan Am
  • Farmakologi Am
  • Fisioterapi Pediatrik I
  • Fisioterapi Isu Khas I
  • Fisioterapi dalam Kesihatan Komuniti / Terapi Alternatif dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Pembedahan
  • Pentadbiran & Pengurusan Personel dalam Fisioterapi
  • Pengenalan & Perkembangan Penyelidikan dalam Fisioterapi
  • Fisioterapi Pediatrik II
  • Fisioterapi Isu Khas II
  • Latihan Amali Industri
  • Penempatan Klinikal Khas
  • Penempatan Klinikal Surgeri
  • Penempatan Klinikal Perubatan
  • Penempatan Klinikal Neurologi
  • Penyelidikan Fisioterapi I
  • Penempatan Klinikal Pediatrik
  • Penempatan Klinikal Ortopedik
  • Penempatan Klinikal Unit Rawatan Rapi
  • Penyelidikan Fisioterapi II

Peluang Kerjaya!!Image result for physical therapy

Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti :

Hospital kerajaan atau swasta
- Pusat rehabilitasi Sukan
- Klinik kesihatan wanita
- Sekolah Pendidikan Khas
- Pusat pemulihan kanak-kanak Khas
- Pusat Pemulihan Orthopedik
- Pusat pemulihan Neuro
- Pusat kecergasan dan rehabilitasi Jantung
- Pusat Pemulihan dan komuniti
- Klinik Fisioterapi


Elaun dan Gaji

Elaun jika anda berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini juga lumayan. Biasiswa, RM621.21 sebulan, Elaun buku, RM 250.00 setahun, Elaun perkakas RM 25.00 sepanjang tempoh latihan, Elaun kertas projek RM 50.00 setahun, dan elaun jahitan pakaian seragam, RM 45.00 sepasang. Jika anda Berjaya menamatkan pelajaran, anda akan dilantik menjadi Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29 ke jawatan tetap. Gajinya dalam lingkungan, U29 RM1,160.69 – RM 3,057.39, U32 RM 1,959.29 – RM 3,656.38, U36 RM 3,057.36 – RM 4,521.51, U38 RM 3,778.83 – RM 4,943.49 dan U40 RM 4,444.33 – RM 5,642.23 tidak termasuk dengan elaun-elaun. Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan, anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan dan berpeluang ke gred jawatan yang lebih tinggi.


Monday, 11 July 2016

Kebaikan Fisioterapi ke rumah





Antara kebaikan fisioterapi ke rumah :

- Pesakit boleh mendapatkan rawatan tanpa perlu ke pusat fisioterapi.
- Pesakit tak perlu risau tentang kenderaan untuk pergi mendapatkan rawatan.
- Pesakit tak perlu menunggu / beratur untuk mendapatkan rawatan.
- Pesakit akan rasa lebih selesa mendapatkan rawatan di rumah sendiri.
- Privasi pesakit lebih terpelihara.
- Ahli keluarga / penjaga dapat memantau setiap rawatan yang dijalankan ke atas pesakit.
- Pesakit & ahli keluarga / penjaga akan dapat nasihat & cara penjagaan terus dari fisioterapis.
- Memberi lebih masa kepada pesakit / ahli keluarga untuk bertanya terus kepada fisioterapis.
- Rawatan hanya fokus untuk seorang pesakit sahaja dalam satu masa.
- Dapat menjimatkan masa bagi ahli keluarga yang mempunyai kekangan masa.